CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday 4 April 2012

Rancangan Mengajar
Nama Tadika               : Tadika Cerdas
Bilangan Murid           :   23  /25 orang
Umur                           : 5 tahun
Minggu & Hari            : Minggu 17 & Selasa
Tarikh                          : 24 April 2012
Cadangan Masa          :40 minit (9.00 – 9.40 pagi)
Tema dan Tajuk          : Hobi
Tunjang Utama           : Tunjang Komunikasi – Bahasa Malaysia (BM)
Tunjang disepadukan  :
       I.            Tunjang Perkembangan Fizikal dan Estetika – Kreativiti (KTI)
    II.            Tunjang Perkembangan Fizikal dan Estetika – Kreativiti (KTI)
Standard Pembelajaran Utama :
        i.            (BM 2.1.2) Berinteraksi secara sopan dan bertatasusila dengan bimbingan
Standard Pembelajaran Yang Disepadukan :
    i.      (KTI 2.1.6) Menyanyi lagu yang mudah dengan gerakan
   ii.      (KTI 1.2.3) Menghasilkan karya kreatif yang mudah melalui pelbagai aktiviti menggambar
Objektif : Pada akhir pembelajaran, murid boleh :
i.        Mengenalpasti jenis-jenis hobi
ii.      Meningkatkan kemahiran koordinasi mata dan tangan dalam menyiapkan sesuatu aktiviti seperti puzzle
Pengetahuan Sedia Ada : Kanak-kanak sudah mengetahui mengeni puzzle
Penerapan Nilai              : Kesabaran, keberanian, bersemangat dan bersungguh-sungguh
Alat Bantu Mengajar     : video dan puzzle
KBKK                           : Menjana Idea
MI                                 : Kemahiran linguistik, kemahiran interpersonal





RANCANGAN MENGAJAR



Langkah Masa

Aktiviti Guru

Aktiviti Murid

Catatan / ABM

Set Induksi
(5 minit)





*guru masuk ke dalam kelas sambil menayangkan video mengenai permainan puzzle


*murid-murid melihat dengan penuh tanda tanya

ABM : video
Objektif : -
Nilai : kesabaran
KBKK : menjana idea

Langkah 1
(15 minit)

*guru menerangkan tujuan guru menayangkan video tersebut

*guru menerangkan kepada murid-murid mengenai jenis-jenis hobi. Kemudian, guru memanggil seorang murid ke hadapan dan memintanya bercerita mengenai hobi yang disukai oleh murid tersebut


*murid-murid mendengar apa yang diperkatakan oleh guru di hadapan

*murid-murid mendengar dengan penuh semangat. Kemudian, murid yang dipanggil oleh guru kehadapan dan melakukan seperti yang diminta oleh guru dengan bersungguh-sungguh




ABM : video
Objektif : i
Nilai : kesabaran, keberanian, bersemangat dan bersungguh-sungguh
KBKK : menjana idea

Langkah 2
(15 minit)

























*guru menjalankan aktiviti ‘Puzzle VS Puzzle’. Guru menunjukkan terlebih dahulu gambar yang terdapat di atas puzzle tersebut dan seterusnya murid-murid perlu menyusun kepingan-kepingan puzzle tersebut sehingga membentuk suatu gambar berpandukan gambar yang di beri.
* Setelah itu, guru membahagikan murid-murid kepada dua kumpulan. Setiap kumpulan akan mendapat puzzle yang mempunyai gambar buah yang sama. *Kemudian, guru akan menaburkan kepingan-kepingan puzzle tersebut.
*Murid-murid diberi masa 15 minit untuk menyiapkannya di dalam kumpulan masing-masing. Kumpulan yang dapat menyiapkannya terlebih dahulu dikira sebagai pemenang.


*murid-murid mendengar dan melihat tindakan guru dengan penuh tanda tanya








*murid-murid bergerak ke dalam kumpulan yang telah diberi dengan penuh gembira



*murid-murid melihat apa yang dilakukan oleh guru dengan penuh semangat.
*murid-murid melakukan aktiviti tersebut dengan penuh semangat dan bersungguh-sungguh.







ABM : dua puzzle
Objektif : ii
Nilai : bersemangat dan bersungguh-sungguh
KBKK : menjana idea

Penutup
(5 minit)

*guru bersoal jawab dengan murid-murid mengenai apa yang telah dipelajari sebentar tadi.


*guru merumuskan apa yang telah dipelajari sebentar tadi.


*guru memberi penerangan mengenai lembaran kerja kepada murid-murid.

*murid-murid menjawab dengan bersungguh-sungguh



*murid-murid mendengar dengan penuh semangat


*murid-murid mendengar penerangan guru

ABM :-
Objektif : i
Nilai : bersungguh-sungguh dan bersemangat
KBKK : menjana idea

Impak : Secara keseluruhannya, seramai 20 orang telah menguasai pembelajaran pada hari ini dan seramai 3 orang tidak melibatkan diri dalam aktiviti yang dijalankan oleh guru. Oleh itu, guru perlulah menyediakan alat bantu mengajar yang menarik supaya dapat menarik minat
kanak-kanak.




LEMBARAN KERJA (5 tahun)


bulatkan jawapan yang betul




    [  menabung ]  [ membaca ]








     [ membaca ]  [ bermain puzzle ]









Lembaran kerja.
(6 tahun)

Isikan tempat kosong berdasarkan gambar yang diberikan dengan jawapan yang sesuai.


Membaca
Menabung
Bermain puzzle








               _________________________






                       _________________________






         ________________________



LAGU MARI ADIK.

mari mari semua,
kita baca buku,
baca sama-sama,
nanti dapat ilmu.

mari mari adik,
kita simpan duit
ingat pesan nenek,
itu amalan baik.

lalalalalalalaaaaaa..
mari adik mari
kita pilih hobi..

0 comments:

Post a Comment