CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday 4 April 2012

Rancangan Mengajar
Nama Tadika               : Tadika Cerdas
Bilangan Murid           :   23  /25 orang
Umur                           : 5 tahun
Minggu & Hari            : Minggu 17 & Selasa
Tarikh                          : 24 April 2012
Cadangan Masa          :40 minit (9.00 – 9.40 pagi)
Tema dan Tajuk          : Hobi
Tunjang Utama           : Tunjang Komunikasi – Bahasa Malaysia (BM)
Tunjang disepadukan  :
       I.            Tunjang Perkembangan Fizikal dan Estetika – Kreativiti (KTI)
    II.            Tunjang Perkembangan Fizikal dan Estetika – Kreativiti (KTI)
Standard Pembelajaran Utama :
        i.            (BM 2.1.2) Berinteraksi secara sopan dan bertatasusila dengan bimbingan
Standard Pembelajaran Yang Disepadukan :
    i.      (KTI 2.1.6) Menyanyi lagu yang mudah dengan gerakan
   ii.      (KTI 1.2.3) Menghasilkan karya kreatif yang mudah melalui pelbagai aktiviti menggambar
Objektif : Pada akhir pembelajaran, murid boleh :
i.        Mengenalpasti jenis-jenis hobi
ii.      Meningkatkan kemahiran koordinasi mata dan tangan dalam menyiapkan sesuatu aktiviti seperti puzzle
Pengetahuan Sedia Ada : Kanak-kanak sudah mengetahui mengeni puzzle
Penerapan Nilai              : Kesabaran, keberanian, bersemangat dan bersungguh-sungguh
Alat Bantu Mengajar     : video dan puzzle
KBKK                           : Menjana Idea
MI                                 : Kemahiran linguistik, kemahiran interpersonal





RANCANGAN MENGAJAR



Langkah Masa

Aktiviti Guru

Aktiviti Murid

Catatan / ABM

Set Induksi
(5 minit)





*guru masuk ke dalam kelas sambil menayangkan video mengenai permainan puzzle


*murid-murid melihat dengan penuh tanda tanya

ABM : video
Objektif : -
Nilai : kesabaran
KBKK : menjana idea

Langkah 1
(15 minit)

*guru menerangkan tujuan guru menayangkan video tersebut

*guru menerangkan kepada murid-murid mengenai jenis-jenis hobi. Kemudian, guru memanggil seorang murid ke hadapan dan memintanya bercerita mengenai hobi yang disukai oleh murid tersebut


*murid-murid mendengar apa yang diperkatakan oleh guru di hadapan

*murid-murid mendengar dengan penuh semangat. Kemudian, murid yang dipanggil oleh guru kehadapan dan melakukan seperti yang diminta oleh guru dengan bersungguh-sungguh




ABM : video
Objektif : i
Nilai : kesabaran, keberanian, bersemangat dan bersungguh-sungguh
KBKK : menjana idea

Langkah 2
(15 minit)

























*guru menjalankan aktiviti ‘Puzzle VS Puzzle’. Guru menunjukkan terlebih dahulu gambar yang terdapat di atas puzzle tersebut dan seterusnya murid-murid perlu menyusun kepingan-kepingan puzzle tersebut sehingga membentuk suatu gambar berpandukan gambar yang di beri.
* Setelah itu, guru membahagikan murid-murid kepada dua kumpulan. Setiap kumpulan akan mendapat puzzle yang mempunyai gambar buah yang sama. *Kemudian, guru akan menaburkan kepingan-kepingan puzzle tersebut.
*Murid-murid diberi masa 15 minit untuk menyiapkannya di dalam kumpulan masing-masing. Kumpulan yang dapat menyiapkannya terlebih dahulu dikira sebagai pemenang.


*murid-murid mendengar dan melihat tindakan guru dengan penuh tanda tanya








*murid-murid bergerak ke dalam kumpulan yang telah diberi dengan penuh gembira



*murid-murid melihat apa yang dilakukan oleh guru dengan penuh semangat.
*murid-murid melakukan aktiviti tersebut dengan penuh semangat dan bersungguh-sungguh.







ABM : dua puzzle
Objektif : ii
Nilai : bersemangat dan bersungguh-sungguh
KBKK : menjana idea

Penutup
(5 minit)

*guru bersoal jawab dengan murid-murid mengenai apa yang telah dipelajari sebentar tadi.


*guru merumuskan apa yang telah dipelajari sebentar tadi.


*guru memberi penerangan mengenai lembaran kerja kepada murid-murid.

*murid-murid menjawab dengan bersungguh-sungguh



*murid-murid mendengar dengan penuh semangat


*murid-murid mendengar penerangan guru

ABM :-
Objektif : i
Nilai : bersungguh-sungguh dan bersemangat
KBKK : menjana idea

Impak : Secara keseluruhannya, seramai 20 orang telah menguasai pembelajaran pada hari ini dan seramai 3 orang tidak melibatkan diri dalam aktiviti yang dijalankan oleh guru. Oleh itu, guru perlulah menyediakan alat bantu mengajar yang menarik supaya dapat menarik minat
kanak-kanak.




LEMBARAN KERJA (5 tahun)


bulatkan jawapan yang betul




    [  menabung ]  [ membaca ]








     [ membaca ]  [ bermain puzzle ]









Lembaran kerja.
(6 tahun)

Isikan tempat kosong berdasarkan gambar yang diberikan dengan jawapan yang sesuai.


Membaca
Menabung
Bermain puzzle








               _________________________






                       _________________________






         ________________________



LAGU MARI ADIK.

mari mari semua,
kita baca buku,
baca sama-sama,
nanti dapat ilmu.

mari mari adik,
kita simpan duit
ingat pesan nenek,
itu amalan baik.

lalalalalalalaaaaaa..
mari adik mari
kita pilih hobi..

Kids_flash.avi

Thursday 29 March 2012

Play puzzle

Monday 26 March 2012

Bermain Blok




Blok merupakan sebuah permainan yang mampu meningkatkan kreativiti kanak-kanak di mana mereka perlu membina sesuatu bentuk daripada cantuman blok-blok tersebut seperti binaan bangunan dan sebagainya. Selain itu juga, permainan blok ini juga berupaya meningkatkan ketahanan koordinasi mata dan tangan. Kanak-kanak perlu kefokusan yang tinggi dalam menghasilkan sesuatu binaan itu. Permainan blok ini juga berupaya meningkatkan kemahiran sosial di mana mereka akan berinteraksi bersama rakan-rakan mereka.  kanak-kanak juga dapat meningkatkan kemahiran motor halus. seterusnya kanak-kanak dapat meningkatkan kemahiran berfikir mereka dimana mereka akan berfikir bagaimana untuk menghasilkan binaan yang kukuh. selain itu juga mereka lebih berimaginasi seperti arkitek dan sebagainya. secara tidak langsung, ia dapat menanam cita-cita dalam diri tersendiri untuk masa akan datang.

Saturday 24 March 2012

Puzzle

Proses belajar pada anak usia 4 hingga 6 tahun lebih diarahkan untuk melatih mereka mengembangkan kecerdasan maupun keterampilan. Banyak ahli percaya bahawa pada peringkat umur ini merupakan masa yang sangat penting bagi perkembangan otak kanak-kanak. Guru dan ibubapa dapat membantu merangsang perkembangan otak kanak-kanak dengan memberikan pembelajaran melalui permainan. Salah satu mainan yang disukai oleh kanak-kanak peringkat ini adalah puzzle. Banyak ahli pendidikan menyarankan untuk memberikan mainan puzzle kepada kanak-kanak. Bermain puzzle selain menyenangkan juga meningkatkan keterampilan anak. Ia meningkatkan koordinasi mata dan tangan. Selain itu, ia membangunkan pemikiran logik serta meningkatkan kemahiran ruang. Tambahan pula, ia juga meningkatkan keupayaan kanak-kanakuntuk mengenali bentuk dan membangunkan sikap ketabahan kerana kanak-kanak perlu berusaha dengan tekun ketika bermain puzzle.




Beberapa manfaat bermain puzzle bagi anak-anak antara lain:

1. Meningkatkan Keterampilan Kognitif
Keterampilan kognitif  berkaitan dengan kemampuan untuk belajar dan memecahkan masalah. Puzzle adalah permainan yang menarik bagi anak balita karena anak balita pada dasarnya menyukai bentuk gambar dan warna yang menarik. Dengan bermain puzzle anak akan mencoba memecahkan masalah yaitu menyusun gambar. Pada tahap awal mengenal puzzle, mereka mungkin mencoba untuk menyusun gambar puzzle dengan cara mencoba memasang-masangkan bagian-bagian puzzle tanpa petunjuk. Dengan sedikit arahan dan contoh, maka anak sudah dapat mengembangkan kemampuan kognitifnya dengan cara mencoba menyesuaikan bentuk, menyesuaikan warna, atau logika. Contoh usaha anak menyesuaikan bentuk misalnya bentuk cembung harus dipasangkan dengan bentuk cekung. Contoh usaha anak menyesuaikan warna misalnya warna merah dipasangkan dengan warna merah. Contoh usaha anak menggunakan logika, misalnya bagian gambar roda atau kaki posisinya selalu berada di bawah.

2. Meningkatkan Kemahiran Motor Halus
Kemahiran motor halus  berkaitan dengan kemampuan anak menggunakan otot-otot kecilnya khususnya tangan dan jari-jari tangan.  Dengan bermain puzzle tanpa disadari anak akan belajar secara aktif menggunakan jari-jari tangannya. Supaya puzzle dapat tersusun membentuk gambar maka bahagian puzzle harus disusun secara hati-hati. Perhatikan cara anak-anak memegang bagian puzzle akan berbeza dengan caranya memegang patung atau bola. Memengang dan meletakkan puzzle mungkin hanya menggunakan dua atau tiga jari, sedangkan memegang patung atau bola dapat dilakukan dengan mengempit di ketiak (tanpa melibatkan jari tangan) atau menggunakan kelima jari dan telapak tangan sekaligus.
3. Meningkatkan Keterampilan Sosial Keterampilan sosial berkaitan dengan kemampuan berinteraksi dengan orang lain. Puzzle dapat dimainkan secara perorangan. Namun puzzle dapat pula dimainkan secara kelompok. Permainan yang dilakukan oleh kanak-kanak secara kelompok akan meningkatkan interaksi sosial kanak-kanak. Dalam kelompok kanak-kanak akan saling menghargai, saling membantu dan bekerjasama satu sama lain. Jika anak bermain puzzle di rumah orang tua dapat menemani anak untuk bekerjasama menyelesaikan masalah, tetapi sebaiknya orang dewasa hanya memberikan arahan kepada kanak-kanak dan tidak terlibat secara aktif membantu kanak-kanak menyusun puzzle.


1. Pilihlah tingkat kesulitan yang sesuai untuk usia anak. 2. Pilihlah bahan yang sesuai dengan usia anak
3. Sesuaikan dengan kesukaan anak.

Monday 12 March 2012

Menabung

Menabung merupakan menyimpan wang untuk masa hadapan. Sikap gemar menabung ini perlu dipupuk sejak kecil lagi. Menabung memberi banyak faedah kepada seseorang. Seseorang itu juga, dapat mengamalkan sikap jimat cermat. Cara yang mudah untuk menabung pada masa kecil ini adalah dengan menyimpan baki wang saku yang dibekalkan oleh penjaga semasa ke sekolah. Selain itu juga, kanak-kanak itu boleh membawa bekalan makanan yang disediakan oleh ibu di rumah ke sekolah. Dengan adanya wang simpanan tersebut, ia dapat membantu untuk menampung wang pembelanjaan sekiranya dapat melanjutkan pelajaran satu masa akan datang. Selain itu juga, dengan adanya wang simpanan itu dapat membantu seseorang membeli barang-barang keperluan seperti buku, alat tulis dan sebagainya. Ibu bapa juga turut bangga dengan amalan menabung tersebut. Selain itu juga, dengan adanya penyimpanan wang simpanan yang sedia ada, ia dapat membantu keluarga apabila ditimpa kesusahan seperti ditimpa kemalangan, sakit dan sebagainya. Dengan amalan menabung ini juga dapat membantu menambahkan wang simpanan yang disimpan di dalam bank. Dimana, kita memperolehi sebahagian keuntungan atau faedah dan boleh menampung kehidupan pada masa hadapan. Menabung ini juga adalah amalan mulia dan banyak manfaatnya. Pepatah juga mengatakan "ingat sebelum kena, jimat sementara belum habis". Oleh itu, mulalah menabung dari sekarang kerana sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit.

kebaikan membaca

Membaca merupakan salah satu daripada hobi pada masa lapang. membaca boleh dilakukan dimana-mana sahaja tanpa mengeluarkan banyak tenaga. kelebihan membaca adalah ianya boleh menghindarkan seseorang daripada melakukan perkara sia-sia. Selain itu, ianya dapat mengembangkan pengetahuan dan tatabahasa seseorang terutamanya kanak-kanak. Selain itu juga, dengan wujudnya suasana yang menyenangkan dan mengembirakan maka kanak-kanak ini akan bersemangat untuk memulakan kegiatan membaca tersebut. Peter Corey menyarankan salah satu kunci untuk kanak-kanak berjaya dalam pembacaan adalah membaca bersama kanak-kanak. Membaca bersama si kecil merupakan kegiatan yang positif kerana kegiatan ini dapat meningkatkan minat membaca dalam diri kanak-kanak. Antara tips yang dapat dikongsikan untuk meningkatkan minat membaca untuk kanak-kanak ialah :
  1. Bijak dalam memilih buku yang bersesuaian dengan minat kanak-kanak seperti cerita yang lucu, menarik, mempunyai nilai murni dan mempunyai bantuan gambar yang menarik.
  2. Penggunaan ayat di dalam buku cerita mestilah difahami oleh kanak-kanak.
  3. Berikan pujian kepada kanak-kanak semasa merek sedang membaca.