CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, 26 March 2012

Bermain Blok




Blok merupakan sebuah permainan yang mampu meningkatkan kreativiti kanak-kanak di mana mereka perlu membina sesuatu bentuk daripada cantuman blok-blok tersebut seperti binaan bangunan dan sebagainya. Selain itu juga, permainan blok ini juga berupaya meningkatkan ketahanan koordinasi mata dan tangan. Kanak-kanak perlu kefokusan yang tinggi dalam menghasilkan sesuatu binaan itu. Permainan blok ini juga berupaya meningkatkan kemahiran sosial di mana mereka akan berinteraksi bersama rakan-rakan mereka.  kanak-kanak juga dapat meningkatkan kemahiran motor halus. seterusnya kanak-kanak dapat meningkatkan kemahiran berfikir mereka dimana mereka akan berfikir bagaimana untuk menghasilkan binaan yang kukuh. selain itu juga mereka lebih berimaginasi seperti arkitek dan sebagainya. secara tidak langsung, ia dapat menanam cita-cita dalam diri tersendiri untuk masa akan datang.

0 comments:

Post a Comment