CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday 12 March 2012

kebaikan membaca

Membaca merupakan salah satu daripada hobi pada masa lapang. membaca boleh dilakukan dimana-mana sahaja tanpa mengeluarkan banyak tenaga. kelebihan membaca adalah ianya boleh menghindarkan seseorang daripada melakukan perkara sia-sia. Selain itu, ianya dapat mengembangkan pengetahuan dan tatabahasa seseorang terutamanya kanak-kanak. Selain itu juga, dengan wujudnya suasana yang menyenangkan dan mengembirakan maka kanak-kanak ini akan bersemangat untuk memulakan kegiatan membaca tersebut. Peter Corey menyarankan salah satu kunci untuk kanak-kanak berjaya dalam pembacaan adalah membaca bersama kanak-kanak. Membaca bersama si kecil merupakan kegiatan yang positif kerana kegiatan ini dapat meningkatkan minat membaca dalam diri kanak-kanak. Antara tips yang dapat dikongsikan untuk meningkatkan minat membaca untuk kanak-kanak ialah :
  1. Bijak dalam memilih buku yang bersesuaian dengan minat kanak-kanak seperti cerita yang lucu, menarik, mempunyai nilai murni dan mempunyai bantuan gambar yang menarik.
  2. Penggunaan ayat di dalam buku cerita mestilah difahami oleh kanak-kanak.
  3. Berikan pujian kepada kanak-kanak semasa merek sedang membaca.  

0 comments:

Post a Comment