CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday 12 March 2012

Menabung

Menabung merupakan menyimpan wang untuk masa hadapan. Sikap gemar menabung ini perlu dipupuk sejak kecil lagi. Menabung memberi banyak faedah kepada seseorang. Seseorang itu juga, dapat mengamalkan sikap jimat cermat. Cara yang mudah untuk menabung pada masa kecil ini adalah dengan menyimpan baki wang saku yang dibekalkan oleh penjaga semasa ke sekolah. Selain itu juga, kanak-kanak itu boleh membawa bekalan makanan yang disediakan oleh ibu di rumah ke sekolah. Dengan adanya wang simpanan tersebut, ia dapat membantu untuk menampung wang pembelanjaan sekiranya dapat melanjutkan pelajaran satu masa akan datang. Selain itu juga, dengan adanya wang simpanan itu dapat membantu seseorang membeli barang-barang keperluan seperti buku, alat tulis dan sebagainya. Ibu bapa juga turut bangga dengan amalan menabung tersebut. Selain itu juga, dengan adanya penyimpanan wang simpanan yang sedia ada, ia dapat membantu keluarga apabila ditimpa kesusahan seperti ditimpa kemalangan, sakit dan sebagainya. Dengan amalan menabung ini juga dapat membantu menambahkan wang simpanan yang disimpan di dalam bank. Dimana, kita memperolehi sebahagian keuntungan atau faedah dan boleh menampung kehidupan pada masa hadapan. Menabung ini juga adalah amalan mulia dan banyak manfaatnya. Pepatah juga mengatakan "ingat sebelum kena, jimat sementara belum habis". Oleh itu, mulalah menabung dari sekarang kerana sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit.

0 comments:

Post a Comment